PICK : Pemberian Vaksinasi Secara Pandu Lalu Mudahkan Warga Emas Terima Vaksin

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 6 Second

MEMBAKUT : Pelaksanaan pemberian vaksin secara pandu lalu (drive-thru) di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) khususnya kepada golongan warga emas yang kurang berupaya dilihat amat bertepatan.

Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, inisiatif itu memudahkan penerima untuk hadir ke PPV tanpa perlu turun dari kenderaan.

“Pada hari ini (kelmarin) saya melawat PPV Dewan Kesenian Islam Membakut dan melihat sendiri pemberian vaksin secara pandu lalu khusus kepada golongan warga emas.

Mohd Arifin ketika bertemu salah seorang warga emas yang juga penerima vaksin di PPV Dewan Kesenian Islam Membakut secara pandu lalu.

“Inisiatif ini amat baik, kerana selain membantu mempercepatkan pemberian vaksin, golongan (warga emas) ini juga tidak perlu menunggu lama seperti penerima yang lain,” katanya ketika dihubungi Sabah Media disini hari ini.

Katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut berkata, golongan ini juga merupakan antara golongan berisiko dan perlu diberi keutamaan dalam pemberian vaksin.

“Saya yakin inisiatif seumpama ini juga turut dilaksanakan di PPV lain dan saya juga yakin pemberian vaksin ke rumah penerima khususnya warga emas juga mampu membantu mempercepatkan imuniti kelompok di negeri ini,”katanya.

Pada lawatan itu, Mohd Arifin turut mengadakan sambutan ringkas ambang kemerdekaan bersama petugas barisan hadapan dan sebahagian penerima vaksin yang hadir.

Beliau turut meminta rakyat khususnya di Sabah untuk bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang meskipun dalam pandemik COVID-19.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *