COVID-19: Kes Tertunggak Pengaruh Jumlah Kes Harian Meningkat Di Sabah

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 52 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Sepertimana yang dimaklumkan semalam (18 Ogos 2021) jumlah kes harian akan kekal tinggi untuk beberapa hari sehingga Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) kosongkan (clear away) semua keputusan kes-kes yg tertunggak (backlog), iaitu kes-kes yang didaftar lewat, selain 11 kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu empat kes di Tawau, tiga kes di Kota Kinabalu, dua kes di Keningau dan masing-masing satu kes di Ranau dan Tuaran.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, jumlah kes positif COVID-19 Sabah pada hari ini ialah 2,583 kes yang membabitkan jumlah kes tertunggak ‘backlog’ adalah keputusan kes positif yang didaftar melebihi lima hari setelah keputusan saringan diketahui.

Masidi yang juga Jurucakap Rasmi COVID-19 Negeri berkata, hari ini 289 kes atau 11.2% daripada 2,583 kes baharu adalah kes-kes yang didaftar lewat (backlog), antaranya 188 kes di daerah Kota Kinabalu, 58 kes bagi daerah Penampang dan 40 kes di daerah Putatan.

Manakala kes baharu di Daerah Kota Kinabalu menurun 119 kes hari ini tetapi kekal sebagai daerah dengan kes tertinggi di Sabah iaitu 475 kes.

Sementara Penampang mencatatkan 302 kes baharu, penambahan 125 kes berbanding semalam, Tawau 240 kes, Sandakan 170 kes, Tuaran 163 kes, Sipitang 136 kes, Keningau 125 kes, Lahad Datu 121 kes, Papar 118 kes , Putatan 114 kes , Beluran 71 kes, Kota Belud 69 kes, Kota Marudu 59 kes, Kunak 50 kes dan Tenom 48 kes.

Masidi berkata, Saringan Kontak Rapat kekal penyumbang terbesar kepada keseluruhan kes di Sabah iaitu 1,503kes atau 58.19%, Saringan Bergejala 686 kes atau 26.56% dan 123 kes atau 4.76% adalah daripada kluster-kluster sedia ada.

Dalam pada itu, sejumlah 37 kes hari ini melibatkan individu dalam tahanan (OKT). Manakala Kategori 2 pesakit kekal kumpulan terbesar dengan 1,449 kes atau 56.1%,Kategori 1, 1,045 kes atau 40.5%, Kategori 3, 22 kes, Kategori 4, tiga kes dan Kategori 5, lima kes.

Dalam perkembangan lain, semalam (18 Ogos 2021) JKNS mencatat satu rekod baharu dalam keupayaan mereka memberi (administer) vaksin dengan 62,365 dos sehari.

Tambah Masidi lagi, setakat semalam, 48.4% penduduk dewasa negeri Sabah telah pun memperolehi satu dos vaksin dan 25.8% penduduk melengkapkan dua dos.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *