HomeUtamaHajiji Beri Amaran Tegas Kepada Yang Gagal Jalankan Tanggungjawab

Hajiji Beri Amaran Tegas Kepada Yang Gagal Jalankan Tanggungjawab

Read Time:2 Minute, 9 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor mengeluarkan peringatan tegas kepada semua ketua jabatan dan agensinya bahawa tindakan akan diambil jika mereka didapati menyebabkan kelewatan pelaksanaan projek pembangunan yang sudah diwartakan untuk rakyat Sabah.

“Jangan beri alasan bahawa anda tidak dapat melakukan pekerjaan kerana anda harus bekerja dari rumah disebabkan COVID-19. Beginilah keadaan dunia sekarang (hidup bersama dengan pandemik), ”katanya ketika mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPng) di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) di sini, pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika diberitahu bahawa pelbagai projek yang diluluskan oleh kerajaan Persekutuan untuk Sabah masih di peringkat pra-pelaksanaan hampir pada suku terakhir tahun ini.

“Sekarang sudah bulan Ogos, bagaimana kita dapat menyelesaikan projek-projek ini? Kerajaan Persekutuan telah meluluskan permohonan kita dan memberikan peruntukannya, namun projek-projek itu tidak dapat dilaksanakan. Saya tidak mahu perkara ini berlaku semasa pentadbiran saya.

“Sekiranya saya mendapati ada yang menyumbang kepada kelewatan itu, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan,” katanya.

Terdahulu, Hajiji berkata tempoh masa perlu ditetapkan untuk pelaksanaan semua projek pembangunan yang dibiayai Persekutuan di negeri ini.

“Memang tidak diragukan lagi pelaksanaan projek pembangunan tahun ini agak lambat setelah berlakunya pandemik itu, namun dia juga berharap rancangan kerajaan Persekutuan untuk mengkaji semula projek pembangunan yang telah diluluskan tetapi belum dilancarkan tidak akan memberi kesan besar kepada Sabah.

“Perkara tidak patut berlarutan, sementara masalah lain tetap tidak dapat diselesaikan seperti masalah perkhidmatan, jalan raya dan infrastruktur.

“Kita mesti bertindak sebagai satu pasukan dan melihat keperluan masyarakat secara menyeluruh. Contohnya, sekolah yang tidak mempunyai bekalan air dan elektrik.

“Segala-galanya mesti dirancang dengan cara yang paling tepat untuk memastikan perkhidmatan penyampaian yang lancar kepada rakyat,” katanya.

Menurut Hajiji lagi, adalah menjadi keutamaan ialah memberi tumpuan kepada pembasmian kemiskinan kerana peratusan golongan miskin dan miskin tegar masih tinggi di negeri ini.

Katanya, sekarang adalah masa untuk eratkan kerjasama dan mengkaji serta meningkatkan semula peraturan yang sudah lapuk dan tidak releven, sesuai dengan peredaran masa.

Beliau juga meminta semua agensi kerajaan untuk memanfaatkan kepesatan teknologi dalam melonjakkan penyampaian perkhidmatan bagi memastikan ia menjadi pemudahcara khususnya kepada sektor swasta yang juga penggerak utama ekonomi negara.

Bagi prestasi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe12) negeri Sabah, katanya setakat 8 Ogos tahun ini, sejumlah RM1.459 bilion atau 32.31 peratus daripada RM4.517 bilion yang telah diluluskan telah dibelanjakan di bawah Pelan Pusingan Pertama RMKe-12.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong; Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Dr Zulkapli Mohamed dan Pegawai Pembangunan Negeri Sabah, Noor Alam Khan Wahid Khan selain turut disertai secara maya oleh kementerian lain.

RELATED ARTICLES
Utama

Program ‘Education For Us’ mampu perkasa peranan PIBG

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya