Sidang DUN Sabah Ditunda Bulan Depan

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:45 Second

KOTA KINABALU: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang dijadualkan berlangsung bermula Selasa depan ditangguhkan ke bulan September.

Speaker DUN Sabah Datuk Kadzim M Yahya berkata, tarikh sidang DUN baharu ditetapkan pada 21 September hingga 23 September depan selepas mendapat persetujuan Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.

“Satu Warta Kerajaan sudah dikeluarkan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Safar Untong bertarikh 17 Ogos yang memaklumkan perubahan itu selepas mendapat perkenan Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin.

“Berdasarkan warta itu, penangguhan dilakukan kerana mengambil kira keadaan semasa yang tidak mengizinkan untuk persidangan DUN diadakan minggu depan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan disini hari ini.

Terdahulu, awal bulan ini, Kadzim mengumumkan persidangan DUN Sabah akan diadakan bermula 24 Ogos hingga 26 Ogos, bermula dengan upacara pembukaan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah.

Kali terakhir DUN Sabah bersidang adalah pada Disember tahun lalu iaitu ketika pembentangan Belanjawan Negeri 2021.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *