HomeUtamaCOVID-19: 2,638 Kes Positif Baharu Di Sabah Melibatkan Jumlah Kes Tertunggak

COVID-19: 2,638 Kes Positif Baharu Di Sabah Melibatkan Jumlah Kes Tertunggak

Read Time:1 Minute, 9 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Sebanyak 2,638 kes positif COVID-19 dilaporkan hari ini melibatkan jumlah kes-kes yang tertunggak, selain 16 kes kematian dilaporkan iaitu lapan kes di Kota Kinabalu, tiga kes di Tawau, dua kes di Keningau manakala Penampang, Papar dan Putatan masing-masing mencatatkan satu kes.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, daripada 2,638 kes bukan semua kes yang dilaporkan hari ini berlaku dalam tempoh 24 jam yang lalu tetapi 369 kes atau 14% adalah kes-kes tertunggak melebihi lima hari, 378 kes atau 14.3% melebihi empat hari dan 892 kes atau 33.8% adalah kes-kes yang lewat didaftar melebihi dua hari.

Katanya, daerah Kota Kinabalu melonjak kepada 883 kes, 214 kes lebih tinggi daripada semalam. Hampir 66% kes tersebut adalah melalui Saringan Kontak Rapat dan 25% melalui Saringan Bergejala.

Manakala daerah Tawau mencatat 259 kes, Penampang 210 kes, Tuaran 193 kes, Sandakan 178 kes, Kinabatangan 111 kes, Putatan 94 kes, Beaufort 89 kes, Keningau 82 kes, Lahad Datu 73 kes, Kota Marudu 71 kes, Papar 49 kes dan Tongod 42 kes.

Bagaimanapun Saringan Kontak Rapat masih lagi merupakan penyumbang tertinggi jumlah kes positif COVID-19 meningkat di negeri ini, iaitu 62.13% atau 1,639 kes merupakan Kontak Rapat, 23.16% atau 611 kes melalui Saringan Bergejala dan 6.03% atau 159 daripada Saringan Kluster.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : MUIS jalin kerjasama dengan beberapa universiti bangun HHS...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya