COVID-19 : Individu Bergejala Diminta Buat Saringan Kendiri

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:49 Second

KOTA KINABALU: Individu yang mempunyai gejala COVID-19 diminta untuk membuat saringan kendiri bagi mengetahui tahap kesihatan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, ia termasuklah hadir ke pusat kesihatan terdekat untuk menjalani ujian saringan COVID-19 dengan kadar segera.

“Mereka yang mempunyai gejala COVID-19 diminta untuk membuat saringan kendiri selain hadir ke pusat kesihatan bagi membuat ujian saringan dan menjalani pengasingan diri dan kuarantin serta merta.

“Ini bagi mengelakkan jangkitan kepada orang di sekeliling termasuk ahli keluarga secara tanpa sedar,”katanya dalam kenyataan disini malam ini.

Beliau berkata, sejak akhir-akhir ini, banyak berlaku jangkitan baharu secara tidak disedari oleh pembawa yang sama ada tidak bergejala atau hanya bergejala ringan.

Dalam perkembangan lain, Masidi berkata, sejumlah 170 sekatan jalan raya (SJR) telah dilaksana dalam tempoh 24 jam melibatkan pemeriksaan 31,461 buah kenderaan.

Katanya, daripada jumlah tersebut, 178 buah kenderaan diarah berpatah balik dan pada hari ini, polis melaksanakan 66 hebahan melalui kereta peronda dan tiada tangkapan dibuat.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *