Anak Bekas Ketua Menteri Sabah Meninggal Dunia

Read Time:37 Second

KOTA KINABALU: Anak kepada bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman dilaporkan meninggal dunia di sebuah hospital swasta disini.

Kenyataan media yang dikeluarkan pejabat Musa menyatakan anak lelakinya Mohammed Hayssam yang juga adik kepada Ahli Parlimen Sipitang, Yamani Hafez, dilaporkan meninggal dunia hari ini.

“Dengan perasaan yang sangat sedih kami mengumumkan pemergian Mohammed Hayssam bin Musa pada 24 Ogos 2021.  Hayssam meninggalkan seorang isteri dan anak perempuan.

“Kami meminta agar semua pihak menghormati privasi keluarga dalam tempoh yang sangat sukar ini. Semoga Allah merahmati roh dan menempatkan arwah dalam kalangan orang yang beriman,” kata kenyataan itu.

Pemergian anak Musa itu tersebar di media sosial berdasarkan ucapan takziah beberapa pihak sebelum disahkan melalui kenyataan media dari pejabat Musa dan sumber terdekat yang lain.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.