Lebih Setengah Juta Vaksin Covid-19 Berjaya Diberikan Kepada Penduduk dalam Tempoh 10 Hari

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 47 Second

Kota Kinabalu -Sebanyak 588,761 ribu dos vaksin berjaya diberikan kepada penduduk di sabah melalui program imunisasi covid-19 kebangsaan ( PICK ) sepanjang 10 hari lepas.

Daripada jumlah itu sebanyak 330,340 orang menerima dos kedua vaksin COVID-19 di Sabah yang menjadikan keseluruhannya 854,228 orang telah melengkapkan  dua dos vaksin di negeri itu.

Menerusi data yang dikongsikan secara harian oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri yang juga jurucakap rasmi  Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun menyaksikan sejumlah 258,421 ribu dos suntikan pertama berjaya diberikan di dalam tempoh yang sama.

kumulatif suntikan vaksin dari 13-23 ogos 2021

Ini menjadikan secara puratanya sejumlah 53,524 ribu dos berjaya diberikan secara harian di dalam tempoh itu dan jumlah tertinggi pemberian harian ialah 62,365 ribu dos sehari ialah pada 17 Ogos lalu ( data 18 Ogos) manakala jumlah terendah ialah 41,289 ribu dos ( data 23 ogos).

Dalam pada itu, menerusi satu catatan di laman Facebook rasmi Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, berkata dengan adanya Vaksin CanSino (vaksin dengan dos tunggal), menjadi harapannya agar kadar vaksinasi di Sabah akan dapat dicapai mengikut jadual yang telah ditetapkan sebelum ini.

Vaksin CanSino, sangat sesuai untuk rakyat Sabah khususnya di kawasan luar bandar atau pedalaman. Selaras dengan pendekatan kerajaan negeri, memastikan tiada rakyat tercicir daripada menerima vaksin meskipun jauh di pedalaman Sabah, sekali gus mencapai imuniti kelompok menjelang akhir tahun 2021.

Sabah dijangka menerima bekalan vaksin satu suntikan itu minggu ini, dan Kerajaan Negeri turut yakin bahawa negeri itu akan beralih ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada awal atau pertengahan September ini.

Perkembangan positif itu susulan kira-kira 1.4 juta rakyat Sabah telah menerima suntikan dos pertama menerusi program vaksinasi COVID-19 yang dilaksanakan di seluruh negeri, setakat ini.

Infografik pemberian vaksin

Dan Memetik ucapan Hajiji pada ahad lalu, beliau berkata Insya-Allah dalam beberapa hari lagi kita akan mencapai 40 peratus nilai ambang untuk beralih ke Fasa Tiga PPN. Jika semua berjalan dengan baik, Sabah boleh mencapai 60 peratus rakyat divaksin pada awal atau sebelum 15 Sept.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *