COVID-19: Aktiviti Tidak Patuh SOP, Saringan Kontak Rapat Sumbang Kes Positif Tertinggi Di Sabah

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 18 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Jumlah kes positif COVID-19 yang terus meningkat di Sabah hari ini daripada 2,474 kes, sebanyak 1,609 kes adalah daripada Saringan Kontak Rapat.

Sebanyak 25 kes kematian dilaporkan hari ini iaitu 12 kes di Kota Kinabalu, tiga kes di Tawau, masing-masing dua kes di Papar, Penampang, Beaufort dan Putatan manakala Keningau dan Tambunan mencatatkan satu kes kematian.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata dalam kenyataannya hari ini, Saringan Kontak Rapat adalah penyumbang tertinggi kes harian meningkat, ini bermakna masih terdapat kebarangkalian tinggi berlakunya aktiviti ketidakpatuhan SOP yang telah digariskan sungguhpun pelbagai seruan dan saranan telah dilakukan oleh pihak kerajaan.

Menurut Masidi yang juga Jurucakap Rasmi COVID-19 Negeri, 1,609 kes atau 65.04% kes hari ini adalah daripada Saringan Kontak Rapat, 557kes atau 22.51% adalah daripada Saringan Bergejala dan 140 kes atau 5.66% daripada Saringan Kluster.

Katanya, daripada 2,474 kes yang didaftar hari ini, 311 kes 12.6% adalah kes daftar lewat melebihi lima hari, 254 kes atau 10.7% adalah kes tertunggak antara empat hingga lima hari dan 1,102 kes atau 44.5% kes daftar lewat antara 2 hingga 3 hari.

Walau bagaimanapun, katanya, kes di daerah Kota Kinabalu menurun 212 kes iaitu daripada 883 kes kepada 671 kes hari ini tetapi Papar meningkat sebanyak 132 kes kepada 181 kes.

Manakala Kinabatangan mencatat penurunan sebanyak 96 kes iaitu 15 kes daripada 111 kes semalam tetapi Lahad Datu mencatat penambahan 59 kes, Beluran mencatatkan peningkatan 49 kes dan Tawau mencatatkan penurunan 63 kes.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *