HomeIsu tempatan'Spiderman' Ranau Beri Galakan Individu Yang Layak Supaya Terima Vaksin

‘Spiderman’ Ranau Beri Galakan Individu Yang Layak Supaya Terima Vaksin

Read Time:1 Minute, 17 Second

RANAU : Tampil dengan kostum unik sebagai adiwira ‘Spiderman’ berjaya mencuri perhatian petugas barisan hadapan dan penerima vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Masyarakat Ranau disini hari ini.

Steve Joseph,35, yang datang ke PPV lengkap mengenakan kostum itu membuatkan ramai mata memandang dan seterusnya mengambil kesempatan merakam gambar kenangan bersama ‘Spiderman’.

‘Spiderman’ yang berasal dari Kampung Kigiok itu berkata, dia tampil dengan kelainan sebegitu sebagai simbolik kepada orang ramai bahawa orang yang kuat dan kebal juga perlu divaksin bagi membantu mengurangkan risiko jangkitan COVID-19.

Beliau berkata, pemberian vaksin itu memberi jaminan bahawa semua orang akan merasa selamat sekiranya diberi vaksin COVID-19.

“Hari ini saya datang ke PPV Dewan Masyarakat Ranau untuk menerima vaksin dos pertama selain ingin memberi sokongan dan galakan kepada orang ramai supaya mengambil vaksin COVID-19.

“Kita tidak perlu risau kerana vaksin yang disediakan ini akan dapat membantu kita terhindar dari risiko jangkitan yang lebih teruk,” katanya ketika ditemubual disini hari ini.

Seorang lagi penerima vaksin, Sylvia Joanis,35, dari Kampung Nampasan Baru turut mengenakan pakaian ala tradisional suku kaum Dusun Ranau.

Katanya, sebagai penduduk daerah ini, dia mahu menampilkan kelainan dengan mempamerkan kepelbagaian suku kaum di Sabah menerusi pemakaian pakaian tradisional.

“Hari ini saya mengenakan baju t-shirt bercorakkan suku kaum Dusun Ranau, saya ingin mempamerkan kepelbagaian dalam suasana pandemik COVID-19,” katanya.

Terdahulu, sermaai 703 penerima vaksin hadir ke PPV Dewan Masyarakat Ranau untuk menerima suntikan dos pertama dan dos kedua.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Petugas Tabung Darah digesa tingkat kemahiran, pengetahuan demi keselamatan pesakit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular