HomeUtamaTun Sakaran Dimasukkan Ke ICU Akibat Jangkitan COVID-19, Keadaan Stabil

Tun Sakaran Dimasukkan Ke ICU Akibat Jangkitan COVID-19, Keadaan Stabil

Read Time:1 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU : Bekas Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Sakaran Dandai dilaporkan menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Gleanagles disini akibat jangkitan COVID-19.

Keadaan Sakaran yang kini dilaporkan stabil disahkan sendiri oleh anaknya Datuk Seri Nasir Tun Sakaran dalam satu rakaman video kepada media disini hari ini.

Nasir berkata, ayahnya mula dimasukkan ke Hospital Gleanagles pada 18 Ogos lalu selepas disahkan dijangkiti COVID-19.

“Bagi pihak keluarga saya ingin memaklumkan bahawa ayahanda Tun dimasukkan ke ICU semalam atas nasihat pengurusan hospital dimana beliau perlu menerima rawatan dengan lebih baik dan rapi.

“Walaubagaimanapun, keadaan beliau adalah stabil dan kami anak-anak berhubung seperti biasa melalui panggilan video, ayahanda juga memberi respon dan berada dalam keadaan baik,” katanya.

Nasir yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senallang turut memohon doa semua pihak agar kesihatan Tun Sakaran terus bertambah baik.

Sakaran, 91, menjadi Yang di-Pertua Negeri Sabah kelapan dari 1995 hingga 2002 dan Ketua Menteri Sabah pada Mac 1994 hingga Disember 1994.

Beliau juga pernah menjadi Ahli Parlimen Semporna dari 1986 hingga 1995 dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senallang mewakili USNO dan kemudian UMNO sebelum bersara daripada politik apabila dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah pada 1995.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : SDB agresif dalam usaha struktur, pulihkan hutang lapuk

3 COMMENTS

Leave a Reply to Professor Dr. Harun Hj Pudin Cancel reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya