HomeIsu tempatanLHDN Sumbang 1,000 Bakul Makanan, Bantu Golongan Terjejas

LHDN Sumbang 1,000 Bakul Makanan, Bantu Golongan Terjejas

Read Time:1 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU :  Sabah menerima bantuan 1,000 bakul makanan di bawah Program Prihatin Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Ketua Pegawai Eksekutif LHDN Datuk Seri Dr. Sabin Samitah berkata, bantuan terbabit merupakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) pihaknya yang dilaksanakan dengan kerjasama Yayasan Nur Jauhar (YNJ). 

“Program Prihatin LHDN ini merupakan satu program yang diadakan di seluruh negara. Sebanyak 1,000 bantuan bakul makanan diedarkan di seluruh negeri yang mana 600 daripadanya akan diedarkan dengan kerjasama YNJ ke daerah-daerah di sekitar Kota Kinabalu.

“Manakala bakinya akan diagihkan oleh LHDN Cawangan Tawau dan Sandakan kepada golongan terjejas di sebelah pantai timur Sabah,” katanya.

Katanya selepas menghadiri Program Penyerahan Simbolik Sumbangan Bakul Makanan Prihatin LHDN Peringkat Negeri Sabah di Istana Negeri, disini semalam.

Dr Sabin berkata, bantuan itu disasarkan kepada golongan yang memerlukan bantuan khususnya mereka yang terkesan akibat pandemik COVId-19.

Katanya turut berharap bantuan itu akan dapat meringankan beban masyarakat yang ketika ini menghadapi kesusahan akibat kehilangan pekerjaan dan sebagainya.

Pada program tersebut, Tun Juhar yang juga penaung yayasan berkenaan menyampaikan bakul makanan kepada salah seorang penerima.

Hadir sama dalam program tersebut ialah Penasihat YNJ, Toh Puan Norlidah R.M Jasni dan Pengerusi YNJ, Brigedier Jeneral Al Hambra Juhar./PENERANGAN

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

KKFVA, STB capai persetujuan jalin kerjasama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular