Semarak Bulan Kebangsaan Dalam Norma Baharu

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 13 Second

KINABATANGAN: Masyarakat diseru menyemarakkan bulan kebangsaan dengan pembudayaan norma baharu meskipun berdepan dengan pandemik COVID-19.

Pegawai Daerah Kinabatangan Abdul Manap Abdul Ruhim berkata, semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat perlu diterjemahkan bukan hanya sekadar mengibarkan Jalur Gemilang tetapi juga membudayakan norma baharu dalam kehidupan seharian. 

“Melalui program ini, kita menyeru seluruh masyarakat Kinabatangan khususnya untuk menyemarakkan semangat patriotik sempena hari kebangsaan dan hari Malaysia.

“Semangat cinta negara ini pula bukanlah sekadar mengibar Jalur Gemilang, tetapi perlu disertai dengan amalan norma baharu iaitu dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi membendung wabak COVID-19,” katanya.

Katanya pada Program Info On Wheels Merdeka Peringkat Daerah, disini semalam.

Pada program itu, sebanyak 300 helai Jalur Gemilang dan 300 bendera Negeri Sabah diedarkan, di samping 200 unit Jalur Gemilang diagih kepada beberapa kenderaan yang melalui Sekatan Jalan Raya (SJR). 

Program tahunan Jabatan Penerangan (JaPen) itu pada kali ini dijayakan bersama Pejabat Daerah dan agensi yang terlibat dalam Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) daerah.

Hadir sama, Pegawai Pembangunan Masyarakat N.58 Lamag, Abu Bakar Gapar, Pegawai Penerangan Daerah, Salasmi Yusain, wakil Ibu Pejabat Daerah Kinabatangan, ASP Razali Basa, Pegawai Angkatan Pertahanan Awam, Kapten (PA)  Ahmad Roslan Ahmad Kamel dan wakil Majlis Daerah, Mahali Salleh./Penerangan- 

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *