HomeLuar negaraVaksin Pfizer Didakwa Tingkatkan Risiko Radang Jantung

Vaksin Pfizer Didakwa Tingkatkan Risiko Radang Jantung

Read Time:55 Second

LONDON: Penggunaan vaksin Covid-19 keluaran Pfizer dan BioNTech boleh meningkatkan risiko kecil radang jantung, terutamanya untuk golongan yang sudah dijangkiti koronavirus.

Berdasarkan kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Perubatan New England, dalam setiap 100,000 orang yang menerima vaksin tersebut, satu hingga lima orang akan menghidapi miokarditis.

Kadar tersebut lebih tinggi iaitu 11 bagi setiap 100,000 orang yang sudah dijangkiti Covid-19.

Data tersebut dikeluarkan beberapa hari selepas vaksin Pfizer menjadi vaksin pertama yang mendapat kelulusan penuh dari Pentadbiran Makanan dan Ubatan Amerika Syarikat (FDA).

Para pengkaji membandingkan kadar risiko itu berdasarkan 884,828 individu yang sudah menerima vaksin dan jumlah sama bagi mereka yang belum divaksin.

Secara keseluruhannya, 21 orang dilaporkan mengalami miokarditis dalam kumpulan sudah divaksin, kebanyakannya lelaki muda berbanding enam orang untuk golongan tidak divaksin.

Kajian juga dilakukan terhadap lebih 240,000 orang yang dijangkiti Covid-19 dan menunjukkan mereka lebih terdedah mengalami miokarditis.

Terdahulu, vaksin keluaran Pfizer dan Moderna menjadi perhatian pelbagai pihak selepas timbul beberapa laporan berkaitan kes radang jantung. 

Kementerian Kesihatan Israel pada Jun lalu turut menyatakan kebarangkalian antara kes radang jantung dengan vaksin Pfizer. – REUTERS

RELATED ARTICLES
Luar negaraSukan

Klopp Berang Dengan Wartawan ?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya