SySCO-19 anjuran PEMADAM UMS Tarik Penyertaan Negara Asia Tenggara

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 22 Second

KOTA KINABALU: Symposium on Coping of Strategy During Pandemic Covid-19 (SySCO-19) anjuran Kelab Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Universiti Malaysia Sabah (UMS) berjaya meraih 600 penyertaan temasuk dari Indonesia, Thailand dan Filipina.

Bertemakan “Keluarga Pemangkin Pembangunan Negara”, simposium yang diadakan secara maya pada 21 Ogos 2021 dirasmikan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMS, Prof. Madya Dr. Raman Noordin.

Dalam ucapannya beliau berkata, peranan keluarga amat penting dalam membentuk kemenjadian generasi baharu yang berkualiti dan mampu memberi sumbangan kepada kemajuan negara pada masa akan datang.

“Menerusi SySCO-19, peserta didedahkan dengan kepentingan pembangunan keluarga ketika berhadapan krisis kesihatan global akibat pandemik Covid-19

“Ia antara lain membincangkan isu-isu kekeluargaan yang timbul pada masa ini serta cadangan strategi penyelesaian yang boleh diambil.

“Penglibatan tetamu jemputan dari rantau Asia Tenggara juga merancakkan lagi perbincangan sekali gus menjana pelbagai idea bagi menangani cabaran-cabaran kehidupan yang sedang dihadapi,” kata Raman.

Turut hadir, Pengerusi Institute for Life-Ready Graduate, Prof. Dr Mohd Shafry Mohd Rahim.

Dalam pada itu pengarah program, Jesei Gadung Clement merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat menjayakan simposium tersebut.

“Terima kasih kepada semua pembentang, universiti dan organisasi yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung termasuk PEMADAM Kebangsaan, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan UMS.

“Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada University of the Immaculate Conception Filipina, Mae Fah Luang UniversitiThailand, dan BERSAMA Indonesia,” katanya.

Program SySCO-19 turut memberi anugerah Pembentang Terbaik kepada pensyarah Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP) UMS, Dr Noor Hassline Mohamed dengan pembentangan bertajuk “Tanggungjawab Keluarga dalam Menguruskan Masalah Mental semasa pandemik Covid-19”.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *