HomeUtamaAgong, Permaisuri ucap takziah kepada keluarga Datuk Lajim Ukin

Agong, Permaisuri ucap takziah kepada keluarga Datuk Lajim Ukin

Read Time:51 Second

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Datuk Seri Panglima Lajim Ukin, Mantan Ahli Parlimen Beaufort, Sabah, yang telah kembali ke Rahmatullah pada pagi hari ini.

Istana Negara menerusi laman Facebook rasmi pada Ahad menyatakan Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga Allahyarham sabar serta tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini.

“Seri Paduka Baginda berdua amat menghargai khidmat bakti, jasa serta pengorbanan Allahyarham sebagai wakil rakyat dan Ahli Parlimen Negeri Sabah, kepada masyarakat dan negara.

“Allahyarham pernah memegang beberapa jawatan penting dalam Kabinet Persekutuan antaranya sebagai Timbalan Menteri Pengangkutan dan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

“Allahyarham juga pernah dilantik memegang jawatan Pengerusi Eksekutif Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

“Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin, “demikian menurut hantaran itu.- Sumber Facebook Istana Negara

RELATED ARTICLES
Utama

25 pendaki sertai ekspedisi mendaki Gunung Kinabalu Coalition Duchenne kali ke-12

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular