HomeUtamaKadar Vaksinasi Di 6 Negeri Termasuk Sabah Perlu Ditingkatkan - Ismail Sabri

Kadar Vaksinasi Di 6 Negeri Termasuk Sabah Perlu Ditingkatkan – Ismail Sabri

Read Time:1 Minute, 36 Second

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan supaya kadar vaksinasi di enam negeri ditingkatkan melebihi 50 peratus menjelang hujung bulan depan.

Perdana Menteri berkata, negeri berkenaan iaitu Terengganu, Perak, Johor, Kelantan, Kedah dan Sabah masih mencatatkan kadar pemberian vaksin di bawah 50 peratus setakat ini.

“Saya sudah berbincang dengan Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan (KKM) dan Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) supaya tumpuan diberikan kepada enam negeri ini.

“Saya mahu menjelang hujung September ini, keenam-enam negeri ini mesti melebihi 50 peratus kadar vaksinasinya. Kalau awal, lagi bagus,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan pemberian vaksin AstraZeneca dos kesejuta di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini, hari ini.

Ismail Sabri berkata, setakat ini Terengganu merekodkan sebanyak 46.2 peratus pemberian vaksin, Perak (46.5 peratus), Johor (44.9 peratus), Kelantan (43.2 peratus), Kedah (43 peratus) dan Sabah sebanyak 37.1 peratus.

Tegasnya, kerajaan tidak akan menunggu jika ada vaksin yang ditempah berdepan masalah seperti penghantaran dan sebagainya.

Sebaliknya, beliau berkata, kerajaan akan beralih kepada bekalan vaksin sedia ada di negara ini iaitu daripada Pharmaniaga yang membotolkan vaksin jenis Sinovac.

“Saya tidak mahu ada kelewatan hanya untuk menunggu vaksin yang dijanjikan dibekal kepada kita, akhirnya lewat dan rakyat jadi mangsa, kita tiada apa-apa ‘obligation’ untuk menunggu mereka kerana rakyat tak boleh tunggu.

“Lupakan tentang mereka yang lambat bekalkan dan kita akan menggunakan apa yang dah ada dalam negara,” katanya.

Perdana Menteri berkata, kerajaan ada menempah kira-kira 500,000 dos vaksin dari sebuah syarikat namun beliau difahamkan ia akan sampai lewat.

“Ada satu lagi syarikat yang kita tempah namun vaksin mereka belum mendapat kelulusan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) membabitkan kira-kira 6.5 juta dos.

“Saya kata kita lupakan. Jadi kita ambil vaksin ini daripada Pharmaniaga supaya kita boleh selesaikan vaksinasi ini tanpa gangguan daripada syarikat yang sepatutnya membekalkan vaksin kepada kita,” katanya. – BH

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : SDB agresif dalam usaha struktur, pulihkan hutang lapuk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya