HomeSukanKontrak Rozaimi Bersama KDA FC Ditamatkan Lebih Awal

Kontrak Rozaimi Bersama KDA FC Ditamatkan Lebih Awal

Read Time:1 Minute, 0 Second

ALOR SETAR: Bekas penyerang kebangsaan, Rozaimi Abdul Rahman sah tidak lagi bermain untuk Kedah Darul Aman FC (KDA FC) selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk penamatan kontrak lebih awal, baru-baru ini.

KDA FC menerusi satu kenyataan memaklumkan, penamatan kontrak itu merupakan penyelesaian akhir terhadap permohonan dibuat pemain tersebut, setelah dia diberi peluang selama dua bulan untuk menyelesaikan hal berkaitan peribadi.  

“Selepas lapan bulan bersama, KDA FC telah mencapai persetujuan bersama Rozaimi untuk menamatkan kontrak pemain lebih awal.

“Pihak pengurusan kelab menghormati pendirian beliau walaupun kudrat dan pengalamannya ditagih di bahagian serangan,” katanya.

Rozaimi sebelum ini diikat KDA FC selama setahun bagi memperkukuhkan jentera serangan pasukan setelah empat tahun berkelana di Johor Darul Ta’zim (JDT) II.

Sepanjang berkhidmat di Kedah, pemain yang pernah bergelar ‘wonderkid’ Malaysia itu telah membuat sembilan penampilan dan beraksi selamat 264 minit dengan satu hantarannya telah membantu menghasilkan gol buat KDA FC.

Penampilan terakhirnya adalah ketika membantu KDA FC mencatat kemenangan ke atas Melaka United pada 30 April lalu sebelum ‘kehilangannya’ menjadi tanda tanya kepada peminat terutamanya di media sosial.

Pada 3 Ogos lalu, Rozaimi di laman instagramnya memaklumkan beliau telah membuka perniagaan gunting rambut di Pekan Tanjung Aru, Sabah.- UTUSAN ONLINE

RELATED ARTICLES
Sukan

Kejohanan bola sepak medan cungkil bakat baharu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular