HomeUtamaTun Sakaran Dandai Meninggal Dunia

Tun Sakaran Dandai Meninggal Dunia

Read Time:1 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU: Bekas Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Sakaran Dandai disahkan meninggal dunia pada jam 5.30 pagi tadi.

Perkara itu turut dikongsikan cucunya, Ahmad Marzuki Nasir melalui laman Facebook beliau awal pagi tadi.

Dalam perkongian itu, Ahmad Marzuki yang juga Pengurus pasukan Sabah FC telah memaklumkan mengenai pemergian Tun Sakaran.

“Assalamualaikum WBT . Dengan penuh rasa hiba dan dukacita, Nenda tersayang kami Tun Sakaran Bin Dandai telah pergi meninggalkan kita buat selamanya pada pukul 5.30 pagi di Hospital Gleaneagles Kota Kinabalu.

“Sama-sama kita mendoakan semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan menempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.Al-fatihah,”katanya.

Difahamkan, jenazah Tun Sakaran akan diuruskan di Masjid Negeri dan akan dimakamkan di Makam Pahlawan.

Rabu lalu, Sabah Media melaporkan bekas Ketua Menteri Sabah itu telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Gleanagles disini akibat jangkitan COVID-19.

Dalam tempoh itu, beliau dilaporkan stabil namun memerlukan pemantauan rapi.

Sakaran,91, menjadi Yang di-Pertua Negeri Sabah kelapan dari 1995 hingga 2002 dan Ketua Menteri Sabah pad Mac 1994 hingga Disember 1994.

Beliau juga pernah menjadi Ahli Parlimen Semporna dari 1986 hingga 1995 dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senallang mewakili USNO dan kemudian UMNO sebelum bersara daripada politik apabila dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah pada 1995.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Sabah siap sedia untuk Hidrogen Hijau menerusi Tenaga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya