HomeUtamaBanjir - 60 Kampung Di Beaufort, Membakut Terjejas

Banjir – 60 Kampung Di Beaufort, Membakut Terjejas

Read Time:1 Minute, 45 Second

BEAUFORT: Sebanyak 45 kampung di sini dan 15 kampung di Membakut dilanda banjir berikutan limpahan air Sungai Padas dan Sungai Membakut akibat hujan lebat berterusan di kawasan hulu sungai sejak kelmarin.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Beaufort, berkata bacaan kedalaman air di kedua-dua sungai melebihi paras bahaya iaitu 9.28 meter di Sungai Padas dan 7.41 meter di Sungai Membakut, setakat jam 10 pagi.

Bacaan paras waspada bagi Sungai Padas di Beaufort ialah 7.5 meter, diikuti 8.0 meter paras amaran dan 8.7 meter paras bahaya, manakala di Sungai Membakut paras waspada ialah 4.5 meter, diikuti 5.6 meter paras amaran dan 6.8 meter paras bahaya.

Katanya, kampung terjejas banjir di Beaufort setakat ini ialah Binunuk, Balibata, Simpang Empat, Bakalau, Sungkadan, Melalugus, Batandok Lubak, Melati, Lumatai, Mempagar, Kuarters SESB Beaufort, Kuarters Kereta Api, Kampung Lawa, Lago, Suasa, Kangsa, Berumbai, Bangkalalak, Batu 60, Batu 58, Jempangah, Kitalabak Lumatai, Luagan Sanginan dan Laboi.

Kampung Bingkul, Mapait, Limbawang, Lajau, Lubak, Poribg Lupak, Lupak, Tuhu, Selinsing, Beringin, Gadong, Kebajang Ulu, Kukup, Jabang, Mentulud, Batu 64, Lupak Seberang, Kampung Cina, Kurian Padas Damit, Kebulu dan Menanjung.

Sementara itu, antara kawasan turut dilanda banjir di daerah kecil Membakut ialah Kampung Bambangan, Sinoko, Sindok, Baitam Ulu, Baitam Laut, Baitam Baru, Jambatan Baru, Lumantak, Papas, Lampijas, Kayai, Dungau, Brunei dan pekan lama Membakut.

Dalam pada itu, 11 laluan di Beaufort ditenggelami air dengan ada antaranya tidak dapat dilalui kenderaan, antaranya Jalan Binunuk, Jalan Balibata, Jalan Simpabg Empat, Jalan Melalugus, Jalan Batandok Lubak, Jalan Lawa, Jalan Suasa, Jalan Bangkalalak, Jalan Mahkamah, Jalan Luagan Sanginan, Jalan Kangsa, Jalan Berumbai dan Jalan Batu 60.

“Di Membakut, sebanyak 13 laluan dikenal pasti ditenggelami banjir setakat ini iaitu Jalan Bambangan, Jalan Sinoko, Jalan Simpang Kampung Poring, Jalan Baitam, Jalan Baitam Ulu, Jalan Baitam Laut, Jalan Baitam Baru, Jalan Pekan Lama, Jalan Jambatan Baru, Jalan Kayai, Jalan Lampijas, Jalan Papas dan Jalan Kampung Brunei,” katanya hari ini.

Bagaimanapun, menurut jurucakap itu lagi, belum ada pemindahan penduduk dilakukan setakat ini, namun sebuah pusat pemindahan banjir sudah bersiap sedia untuk dibuka iaitu di Dewan Datuk Mohd Dun Banir, Beaufort.

RELATED ARTICLES
Utama

Tun Musa berjaya bangunkan ekonomi Sabah – Arif Sakaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular