Gempa Bumi Lemah Di Semporna – MetMalaysia

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:23 Second

KOTA KINABALU: Gempa bumi lemah berukuran 3.2 skala Richter dikesan berlaku di Semporna pada 1.45 tengah hari tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan hari ini memaklumkan gempa bumi itu berlaku di koordinat 4.6 darjah utara dan 118.3 darjah timur di Semporna.

“Gempa bumi itu dikesan 10 kilometer selatan dari Kunak dengan kedalaman 10 kilometer.

“Gegaran mungkin dirasai di sekitar Semporna dan Kunak. MetMalaysia akan terus memantau keadaan ini,” menurut kenyataan itu. – BERNAMA

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *