Golongan Muda Perlu Kuasai Kemahiran Pidato

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 14 Second

KOTA KINABALU :   Kemahiran berpidato perlu dikuasai golongan muda yang menjadi prospek pemimpin masa depan.

Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Sabah, Aminah Awang Basar berkata kemahiran tersebut diterap dan dipraktikkan di peringkat sekolah seawal usia 10 tahun.  

Justeru, pihaknya bersama Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas buat julung kali mengadakan pertandingan pidato kebangsaan peringkat negeri dengan norma baharu. 

“Walaupun pandemik tidak membenarkan pertandingan pidato dijalankan bersemuka, tetapi hari ini kita dapat melaksanakannya secara dalam talian.

“Pertandingan ini adalah yang pertama seumpamanya diadakan dalam tempoh pandemik Covid-19.

“Kita berharap pertandingan ini dapat melahirkan lebih ramai anak-anak muda yang mahir berpidato yang menjadi prospek pemimpin akan datang,” jelas beliau di Dewan Bankuasi, Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS).

Dari segi kriteria ujarnya, DBP menekankan aspek penggunaan bahasa kebangsaan semasa berpidato di samping   garapan isi yang bertemakan kemenangan dan perjuangan menentang Covid-19.

Menurut Setiausaha Tuga-Tugas Khas, Sapdin Ibrahim mendedahkan pertandingan secara dalam talian itu berjaya menarik 200 penyertaan dengan bilangan 153 yang layak dinilai.

Pada majlis tersebut, Sapdin menyampaikan hadiah kepada pemenang Kategori Sekolah Rendah (Tahun 4 – 6), Norkhalishah Md Zain dari SK Pekan Papar dan Kategori Sekolah Menengah (Tingkatan 6), Nur Natasha Jefri dari SMK Gunsanad Keningau.

Turut menerima hadiah, pelajar SMK Tandek 2 Kota Marudu, Siti Nur Syakirah Ariffin yang meraih kemenangan berganda apabila dinobat sebagai penerima Anugerah Pemidato Terbaik dan Johan Kategori Sekolah Menengah (Tingkatan 1 – 5) di Dewan Bankuasi Pusat Pentadbiran Negeri Sabah./PENERANGAN-

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *