HomeUtamaMOSTI Usaha Bangunkan Vaksin COVID-19

MOSTI Usaha Bangunkan Vaksin COVID-19

Read Time:1 Minute, 17 Second

PUTRAJAYA: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berusaha membangunkan vaksin Covid-19 dan vaksin-vaksin lain yang berkaitan dengan penyakit-penyakit tropika.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, usaha itu akan melahirkan lebih ramai pakar dalam pembangunan vaksin dan saintis dalam penyelidikan.

Beliau berkata, kementerian juga akan memberi penekanan kepada teknologi Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) dan transformasi digital berasaskan kepada pembangunan tempatan berteknologi tinggi dan ekonomi kurang sentuhan.

Menurutnya, IR 4.0 dan transformasi digital itu penting terutama dalam menghadapi situasi pandemik yang mencabar ketika ini.

“Penekanan juga akan diberikan kepada pembangunan innopreneur iaitu melahirkan usahawan berlandaskan inovasi dalam kalangan B40 dan M40.

“Pembangunan innopreneur juga boleh menjadikan produk inovasi dan ekonomi digital sebagai sumber penjanaan pendapatan,” katanya memetik laporan Utusan Online disini hari ini.

Pada masa sama katanya, MOSTI juga terus menerajui bidang teknologi baharu muncul seperti dron, elektrik dan elektronik, Internet Kebendaan (IoT), Kecerdasan Buatan (AI), blok rantai (blockchain).

“Ia juga termasuk bidang ruang simpanan awan (cloud storage), robotik, serta inovasi dengan pendekatan yang berpusatkan manusia (human-centric innovation),” katanya.

Katanya, MOSTI akan memastikan semua warga kerja kementerian dan agensi-agensi di bawahnya sentiasa proaktif dan pantas dalam menghasilkan impak berprestasi tinggi serta mengarusperdanakan sains, teknologi dan inovasi.

Jelasnya, budaya kerja cemerlang itu akan memperhebatkan mutu penyampaian kepada masyarakat seterusnya meningkatkan produktiviti dalam memacu IR 4.0 ke arah Masyarakat 5.0.

Dalam pada itu, Adham berkata, kementerian juga akan memberi tumpuan ke arah mempertingkatkan infrastruktur digital dan teknologi disruptif yang menjadi nadi utama bagi kelangsungan sistem ekonomi permulaan.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Sabah siap sedia untuk Hidrogen Hijau menerusi Tenaga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya