HomeLuar negaraCuba Negara Pertama Laksana Program Vaksinasi COVID-19 Kanak-Kanak

Cuba Negara Pertama Laksana Program Vaksinasi COVID-19 Kanak-Kanak

Read Time:51 Second

HAVANA: Cuba menjadi negara pertama di dunia melaksanakan program vaksinasi Covid-19 melibatkan kanak-kanak seawal usia dua tahun.

Bagaimanapun Cuba didakwa menggunakan vaksin keluaran tempatan yang tidak diiktiraf Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Negara komunis dengan 11.2 juta penduduk itu merancang untuk memulakan program vaksinasi terhadap kanak-kanak sebelum pembukaan semula sesi persekolahan yang ditutup sejak Mac tahun lalu.

Sesi pembelajaran bermula semalam melalui TV pendidikan kerana kebanyakan penduduk Cuba tidak mempunyai akses internet.

Selepas menyelesaikan ujian klinikal pada kanak-kanak dengan vaksin Abdala dan Soberana, Cuba memulakan kempen pemvaksinan kepada golongan itu pada Jumaat lalu, bermula dengan mereka yang berusia 12 tahun ke atas.

Semalam, Cuba memulakan suntikan vaksin terhadap kanak-kanak dari usia dua hingga 11 tahun di wilayah Cienfuegos.

Beberapa negara lain memulakan vaksinasi kanak-kanak dari usia 12 tahun manakala ada yang masih menjalankan tempoh percubaan terhadap kanak-kanak bawah 12 tahun. – AFP

RELATED ARTICLES
Luar negaraUtama

Paetongtarn Shinwatra Dipilih Sebagai PM Baharu Thailand

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular