Kota Kinabalu : Lebih 100 pengunjung hadir memeriahkan Program Christmas @ Kk Sentral Riverside Market di sini baru-baru ini.
Program anjuran Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) bersama DBKK Holdings Sdn Bhd itu turut dihadiri Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Seri Dr Sabin Samitah dan isteri Datin Seri Adreen Aderizza Mohamad Soffi.

Pelbagai pengisian telah diadakan termasuklah penampilan kereta berhias Krismas dan nyanyian karol.
Acara dimulakan dengan persembahan nyanyian koir daripada SIB Oasis Inanam yang tampil dengan nyanyian lagu-lagu Krismas dan diteruskan dengan sesi penyampaian hadiah cabutan bertuah.

Pada majlis itu, Dr Sabin meluangkan masa melawat gerai-gerai jualan dan pameran yang sedang berlangsung, sambil beramah mesra bersama para pengunjung.
Hadir sama Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) Sr. Lifred Wong dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Robert Lipon. – SABAH MEDIA / FOTO DBKK