Pengarah JANS Diminta Letak Jawatan Jika Enggan Tangani Masalah Bekalan Air

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 2 Second

KOTA KINABALU : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karambunai Datuk Yaakub Khan meminta Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) Ir Edward Lingkapo meletak Jawatan jika tidak serius untuk mengatasi masalah bekalan air.

Beliau berkata, isu bekalan air yang sentiasa mengalami masalah sejak sekian lama memberi kesan buruk kepada penduduk setempat khususnya di kawasan Parlimen Sepanggar.

“Masalah bekalan air di kawasan Sepanggar sudah semakin meruncing, sudah beberapa kali perbincangan dan arahan dikeluarkan untuk mengatasi masalah ini.

“Namun sehingga kini masalah ini tetap berlaku dan berterusan, rakyat terus marahkan saya kononnya gagal untuk menyelesaikan namun ini memerlukan tidakan serius dan segera  JANS untuk menyelesaikan permasalahan penyaluran bekalan,” katanya ketika dihubungi disini hari ini.

Yaakub yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah berkata, pihaknya telah berusaha untuk menyelesaikan permasalahan tersebut termasuk mengadakan lawatan di Loji Rawatan Air (LRA) Telibong.

“Meskipun lawatan bersama Timbalan Pengarah JANS sudah dibuat ke LRA Telibong namun masalah tetap sama.

“Justeru itu, saya meminta pengarah JANS lebih serius atau meletak jawatan agar bekalan air disini serta dibeberapa daerah lain dapat diselesaikan,” katanya.

Ekoran dari masalah yang dihadapi, beberapa kawasan perkampungan termasuk perumahan penduduk mengalami masalah gangguan bekalan air.

Ia termasuklah berlaku catuan air yang turut menyukarkan penduduk untuk meneruskan kehidupan harian seperti biasa.

9 thoughts on “Pengarah JANS Diminta Letak Jawatan Jika Enggan Tangani Masalah Bekalan Air

  1. Arahan yang tegas. Kita perlukan pemimpin seperti ini yang tegas menyuarakan suara rakyat agar Sabah seiring dengan kemajuan yang dikecapi di negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia.

      1. Setuju supaya Pengarah JANS MELETAK JAWATAN SEBAB TIDAK HABIS HABISAN MASALAH AIR DI KEBANYAKKAN DAERAH SABAH . . HUJAN SENTIASA ADA MALAH BANJIR . . TAK KAN TIADA AIR?? DUKATA TIADA DUIT TIDAK MASUK AKAL . . TIADA PENGGEMBLINGAN USAHA . . SAMA DENGAN HUJAN SAJA SEJAM DUA BANJIR DIMANA MANA . .JURUTERA DAERAH TIDUR ATAU TIDAK TAU BUAT KERJA?

  2. memang patut letak jawatan! lama betul mau kasi selesai ni masalah, menyusahkan rakyat! mau pergi tandas pun kena fikir banyak kali.

  3. Tukar pengarah pun yg ambil alih akan sama juga kerana perancangan memerlukan masa utk dilaksanakan. Apa lagi pengarah ini baru mula tugas. YB Menteri ini pun kita boleh suruh letak jawatan kalau isu telekomunikasi online di Sabah tidak selesai kerana dia tidak serius tangani masalah

  4. Saya setuju pengarah letak jawatan, kerana gagal mengatasi isu ini. Terlalu banyak kecurian air. Di biarkan begitu saja. Org tempatan bayar bil. Org yg mencuri air plk di biarkan begitu saja.. Pasal tula tekanan air rendah.

Tinggalkan Balasan kepada Bob kampung Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *