HomeUtamaKerajaan Sabah Sentiasa Memelihara & Mendaulatkan Pembangunan Khazanah Warisan Bangsa

Kerajaan Sabah Sentiasa Memelihara & Mendaulatkan Pembangunan Khazanah Warisan Bangsa

Read Time:1 Minute, 36 Second

KOTA KINABALU : Penganjuran seminar bahasa dan budaya etnik Malaysia bertepatan dengan aspirasi dan inspirasi kerajaan Sabah yang sentiasa memelihara dan mendaulatkan pembangunan khazanah warisan bangsa.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim berkata, ia turut melibatkan kelestarian menyeluruh bahasa dan budaya etnik Sabah.

“Seiringan itu, kerajaan negeri melalui usaha strategik dan bersepadu antara beberapa kementerian dan sokongan beberapa pihak sentiasa mengungkayahkan pemerkasaan ekosistem bahasa, budaya dan sastera etnik melalui pelbagai inisiatif seperti penganjuran program bersama, bantuan kewangan  dan sebagainya.

“Ia termasuklah kerjasama antara Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Kementerian Pembangunan Luar Bandar, dan Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat dengan sokongan kolaboratif Jabatan Pendidikan Sabah, Universiti awam dan swasta seperti UMS dan Kolej Sidma, Dewan Bahasa dan Pustaka, NGO, institusi dan aktivis bahasa, budaya dan sastera etnik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Seminar Bahasa dan Budaya Etnik Malaysia secara maya disini semalam.

Hadir sama, Pengarah Institut Perguruan Guru (IPG) Kampus Kent Dr Rosmawati Hamzah; Dekan Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof. Dr Lai Yew Meng; Pengerusi Kolej SIDMA Sabah dan Sarawak Dr Morni Kambrie dan Pengarah Pendidikan Negeri Sabah Datuk Dr Mistrine Radin.

Jahid berharap agar semua dapatan dan natijah daripada ucap tama, pembentangan khas, dan kertas penyelidikan yang dibentangkan dengan tema ‘Melestarikan Bahasa Etnik Era Baharu’ dalam seminar itu akan menjadi wadah amalan terbaik  dalam melahirkan generasi patriotis.

“Justeru, pada kesempatan ini saya merakamkan penghargaan tidak terhingga kepada iltizam dan usaha masyarakat Kampung Tiong Monggis, Tenghilan dan barisan kepimpinan Tadika Ceria Kadazandusun yang sentiasa melibatkan sokongan dan dokongan pemimpin tempatan.

“Ini termasuklah penglibatan KDCA, Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah dan badan antarabangsa seperti Korea Food For The Hungry International Malaysia (KFHIM) dalam merealisasikan sekolah Kadazandusun pertama pada tahun 2007 dengan nama Tadika Ceria Kadazandusun yang didaftarkan di bawah Akta Pendidikan 1996, Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.

“Sesungguhnya usaha murni seperti ini amatlah disanjung tinggi,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Tiga syarikat tempatan jalankan kajian kebolehlaksanaan pembangunan OTEC di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular