26 Rumah Setinggan Di Telipok Musnah Terbakar

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:42 Second

KOTA KINABALU: Kebakaran memusnahkan 26 buah rumah setinggan dalam satu kejadian di penempatan Telipok dekat sini, petang tadi.

Pengarah Bahagian Operasi Negeri (PPON) Sabah, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) PgKB I Misran Bisara mengesahkan kejadian itu berkata, sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 1.07 petang hari ini (11 September 2021), sepasukan anggota Bomba bergegas ke lokasi kejadian.

“Semasa tiba ke lokasi kejadian, mendapati kebakaran melibatkan 26 buah rumah jenis tidak kekal (setinggan) musnah terbakar 100 peratus.

“Pasukan Bomba membuat operasi pemadaman api menggunakan 3 aliran 1200 kaki 6 pancutan dan sumber air dari tangki jentera dan Water Tanker,” kata Misran.

‘Walau bagaimanapun, tiada kecederaan dan kematian dilaporkan terlibat dalam kebakaran itu.

“Operasi terkawal pada jam 2.23 petang sementara kerja-kerja ‘overhaul’ sedang dijalankan,” tambahnya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *