Jambatan Sungai Damit Diharap Digunakan Sepenuhnya Hujung November – Jahid Jahim

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:58 Second

TAMPARULI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli Datuk Jahid Jahim berharap agar Jambatan Sungai Damit disini dapat digunakan sepenuhnya penghujung November depan.

Beliau berkata, jambatan itu akan menjadi laluan penduduk dari Pekan Tuaran menuju ke Pekan Tamparuli dan laluan penduduk dari Kampung Sawah, Limbungan, Sungai Damit, Bintangor, Tengkurangoh dan Kampung Pitas ke Pekan Tuaran.

“Hari ini (semalam) saya bersama dengan kepimpinan daerah telah mengadakan lawatan bagi meninjau Jambatan Sungai Damit ini bersama pegawai-pegawai yang berkaitan di peringkat negeri dan daerah bagi bertemu dengan pihak pemaju serta konsultan yang dipilih,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan kerja jambatan berkenaan disini semalam.

Jahid yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim berkata, kementerian terbabit dengan pembinaan jambatan ini akan memaklumkan status terkini berhubung jambatan itu.

“Biarlah kementerian yang bertanggungjawab untuk membuat kenyataan mengenai keadaan dan status terkini jambatan ini nanti.

“Bagaimanapun, selaku ADUN disini, kita berharap jambatan ini sudah boleh dilalui kenderaan pada hujung November nanti,” katanya.

Turut hadir Ketua Penolong Pengarah Cawangan Jambatan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah, Petrocelli Joseph, Jurutera JKR Daerah Tuaran Farini Awang, Penolong Pegawai Daerah Tuaran, Herman Tunggiging dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat Tamparuli, Madin Anak.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *