HomeIsu tempatanAndrew Serah 100 Set Katil Sementara Kepada Hospital DOK & CAC

Andrew Serah 100 Set Katil Sementara Kepada Hospital DOK & CAC

Read Time:1 Minute, 23 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

SANDAKAN: Sebanyak 100 set katil sementara disumbangkan oleh Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Sabah Tan Sri Andrew Liew untuk kegunaan Hospital Duchess Of Kent (DOK) dan Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) bagi membantu menambah kemudahan perubatan ketika musim pandemik ini.

Andrew yang juga merupakan Presiden Dewan Perniagaan Cina Bersatu Sabah dan ahli Jawatankuasa Penasihat Ekonomi Negeri Sabah berkata, beliau bersetuju untuk menaja katil sementara setelah mengetahui bahawa pihak Hospital DOK kekurangan kemudahan perubatan kerana wabak COVID-19.

Sumbangan katil sementara tersebut telah diserahkan kepada Pengarah Hospital Duchess Of Kent Sandakan, Dr. Francis Paul di pejabat Kumpulan Andamy pada Sabtu, pagi tadi.

Turut hadir ialah Timbalan Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Sabah Dr. Tan Ka Hock .

“Semasa wabak ini berlaku, kakitangan perubatan Hospital DOK Sandakan tetap berada di barisan hadapan, mempertaruhkan nyawa mereka, bekerja tanpa lelah melayani setiap pesakit, mereka patut dikagumi oleh semua orang.

“Pembekalan kemudahan perubatan di Sandakan sangat diperlukan kerana lonjakan kes jangkitan COVID-19 ini. Saya berharap langkah ini dapat membantu, supaya masyarakat sedar bahawa hospital kini menghadapi masalah,” kata Andrew yang juga merupakan Ketua Kumpulan Andamy.

Andrew Liew juga berharap agar mereka yang berkemampuan turut sama menghulurkan bantuan kepada pihak hospital demi memerangi wabak ini dan memutuskan rantaian penularan jangkitan virus COVID-19.

Pada masa yang sama, beliau berharap individu yang layak dan belum diberi vaksin COVID-19 supaya pergi ke pusat-pusat vaksinasi yang berhampiran atau membuat pendaftaran temujanji melalui aplikasi MySejahtera bagi mendapakan suntikan vaksin COVID-19 dengan segera bagi mencapai imuniti kelompok.

Andrew juga berharap agar orang ramai sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah disarankan oleh kerajaan demi melindungi diri, keluarga dan masyarakat sekeliling.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

35 pelajar TARUMT hadir sebagai pemerhati sidang DUN Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya