HomeSukanKim Swee Bimbing Sabah FC, Tinggalkan FAM

Kim Swee Bimbing Sabah FC, Tinggalkan FAM

Read Time:1 Minute, 9 Second

KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan peletakan jawatan Datuk Ong Kim Swee selepas pengarah teknikalnya itu menerima jawatan sebagai ketua jurulatih Sabah FC yang baharu.

Perkembangan itu diumumkan Setiausaha Agungnya, Mohd Saifuddin Abu Bakar dalam satu kenyataan, semalam.

Saifuddin menjelaskan surat peletakan jawatan itu diserahkan Kim Swee kepadanya semalam dan pengurus FAM menerima peletakan jawatan terbabit.

“(Kami) mencapai persetujuan bersama untuk melepaskan beliau ke jawatan baharunya itu berkuat kuasa 1 Oktober 2021.

“FAM mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Kim Swee atas khidmat dan jasanya sepanjang bersama FAM dan mendoakan agar beliau berjaya dengan karier baharunya bersama Sabah FC,” kata Saifudin.

Kim Swee yang bakal mencecah usia 51 tahun pada 11 Disember depan sudah berkhidmat bersama FAM selama 14 tahun bermula dari tahun 2007 dengan pelbagai jawatan.

Kerjayanya bermula sebagai ketua jurulatih skuad B-16 kebangsaan, skuad B-17 kebangsaan, skuad Harimau Muda, skuad B-23 kebangsaan, skuad kebangsaan, Ketua Unit Belia dan terakhir sebagai Pengarah Teknikal bermula Januari 2021.

Antara kejayaan Kim Swee sepanjang bersama FAM ialah membimbing pasukannya muncul juara Piala Belia 2007, naib juara Piala Belia 2008, juara Liga Premier 2009, pingat emas Sukan SEA 2011, juara Pestabola Merdeka 2013 serta pingat perak Sukan SEA 2017.

Selain itu, Kim Swee juga membawa pasukannya mara ke suku akhir Kejuaraan B-23 AFC 2018 dan layak ke peringkat kalah mati pada Sukan Asia 2018. – BH online

RELATED ARTICLES
Sukan

Pasukan futsal lelaki Sabah sasar juara pada Sukan MAKSAK 2024

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya