HomeUtamaTahap keselamatan negara terkawal - KPN

Tahap keselamatan negara terkawal – KPN

Read Time:1 Minute, 10 Second

KUALA LUMPUR – Polis memberi jaminan tahap keselamatan dan ketenteraman negara terkawal.

Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah Sani, berkata setakat ini pihaknya tidak mengesan atau menerima sebarang maklumat mengenai apa-apa bentuk ancaman keselamatan.

“Berdasarkan situasi semasa polis mengambil maklum, memberi jaminan bahawa keselamatan dan ketenteraman awam negara adalah terkawal.

“Polis mengambil maklum berhubung laporan berita bahawa pihak kedutaan Jepun di Malaysia telah mengeluarkan amaran kepada rakyatnya mengenai kemungkinan berlaku serangan pengganas di rumah ibadat dan kawasan tumpuan ramai di beberapa negara Asia Tenggara,” katanya dalam kenyataan.

Acryl Sani berkata, orang ramai diminta tidak gusar dan tidak membuat sebarang spekulasi kerana polis akan memastikan keselamatan negara kekal berada pada tahap selamat.

Katanya, pemantauan juga akan ditingkatkan bagi menjamin keselamatan masyarakat.

“Polis sentiasa memantau senario keselamatan semasa dan akan mengambil tindakan tegas jika terdapat mana-mana pihak yang cuba mengganggu gugat ketenteraman awam dan keharmonian negara,” katanya.

Terdahulu, Wisma Putra berkata, agensi keselamatan negara ini sedang memantau keadaan susulan amaran dikeluarkan Kementerian Luar Jepun kepada rakyatnya di Malaysia mengenai ancaman keganasan di Asia Tenggara.

Dalam kenyataan, Kementerian Luar berkata, ia mengambil maklum nasihat dikeluarkan Kedutaan Jepun kepada rakyatnya di negara ini, dan telah memaklumkan perkara itu kepada pihak berkuasa.

“Agensi keselamatan kami, khususnya polis, sedang memantau keadaan itu secara menyeluruh,” katanya.

Kementerian Luar Jepun dilaporkan menasihati rakyatnya di Indonesia, Filipina, Singapura, Malaysia, Thailand dan Myanmar supaya mengelak kemudahan keagamaan serta kawasan sesak lain.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya