HomeUtamaSambutan Hari Malaysia 2021 Dilaksanakan Secara Hibrid

Sambutan Hari Malaysia 2021 Dilaksanakan Secara Hibrid

Read Time:1 Minute, 27 Second

KOTA KINABALU : Sambutan Hari Malaysia 2021 yang dilaksanakan secara norma baharu buat kali kedua tahun ini akan dilaksanakan secara hibrid selain turut disiarkan secara langsung di semua saluran televisyen tempatan malam ini.

Acara yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) itu akan turut diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan Isteri Toh Puan Norlidah RM Jasni.

Pengerusi Bersama Jawatankuasa Kerja Hari Malaysia, Datuk Seri Mohammad Mentek berkata, Hari Malaysia yang disambut 16 September setiap tahun itu tetap dilaksanakan meskipun berdepan dengan pandemik COVID-19.

“Ini merupakan tahun kedua kita menyambut Hari Malaysia dalam suasana pandemik COVID-19. Tetapi itu tidaklah menghalang tradisi sambutan tahunan walaupun pada kali ini diadakan dengan norma baharu dan pematuhan prosedur standard operasi  yang ketat.

“Antaranya ialah mereka yang terlibat dengan sambutan ini diwajibkan untuk lengkap vaksin dua dos, selain menjalani ujian calitan COVID-19 sebelum majlis diadakan kepada kira-kira 60 orang petugas yang terlibat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan raptai sambutan bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Sr. Safar Untong disini semalam.

Mohammad yang  Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi  dan Multimedia Malaysia (KKMM) berkata, sambutan dengan skala kecil itu, bagaimanapun bakal memberi impak positif kepada semangat penyatuan Keluarga Malaysia.

“Skala sambutan kita kecilkan tetapi kemeriahan itu masih terasa dan impak persembahan mampu meningkatkan semangat rakyat Malaysia.

“Sambutan ini merupakan sambutan bersejarah menunjukkan penyatuan di antara Sabah, Semenanjung dan Sarawak dalam pembentukan negara Malaysia itu sendiri,” katanya

Di samping itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Amar Douglas Uggah Embas serta Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji  Noor turut dijadualkan hadir di SICC malam ini – PENERANGAN

RELATED ARTICLES
Utama

Tindakan tegas individu, syarikat gagal selesaikan tunggakan bayar cukai, kompaun –...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya