HomeUtamaLebih 300 Guru Di Sabah Dikenalpasti Belum Terima Vaksin COVID-19

Lebih 300 Guru Di Sabah Dikenalpasti Belum Terima Vaksin COVID-19

Read Time:1 Minute, 3 Second

PAPAR: Lebih 300 guru di Sabah dikenalpasti belum menerima vaksin COVID-19 dan akan dipanggil untuk mengadakan perbincangan bersama Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS).

Timbalan Menteri Pendidikan II Datuk Mohamad Alamin berkata, pemberian vaksin kepada tenaga pengajar penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka dapat dilaksanakan tanpa sebarang gangguan.

“Saya telah diberi taklimat baru-baru ini dimana lebih 2,000 guru seluruh negara yang belum divaksin dan di Sabah sahaja saya dapat laporan lebih 300 guru yang belum divaksin.

“Jadi saya minta Pengarah JPNS untuk mengenalpasti guru-guru yang enggan divaksin, kita akan panggil dan bincang dahulu.  Kita akan pastikan mereka juga berperanan sebagai seorang guru,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas meninjau Sekolah Kebangsaan (SK) Tampasak Kinarut disini yang terjejas akibat banjir.

Antara kesan kerosakan yang berlaku di SK Tampasak Kinarut

Mohamad berkata, kesedaran guru-guru untuk menerima vaksinasi juga penting bagi memastikan keselamatan diri dan murid terjaga.

“Selepas ini InsyaAllah saya akan dapatkan laporan penuh tentang proses vaksinasi kepada guru-guru tapi secara keseluruhan Alhamdullilah majority guru sudah menerima vaksin COVID-19.

“Dari segi tindakan, kita akan bincangkan di peringkat kementerian bagi yang tidak mahu vaksin. Tapi pasti kita akan buat sesuatu  tentang guru-guru yang enggan divaksin ini,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

1 COMMENT

  1. tak payah nak bincang bincang la. bagi tindakan tatatertib terus. kalau yang dalam Jabatan beruniform dah kena jumpa dengan Pengarah Jabatan tu komfom kena tindakan tatatertib

Leave a Reply to Mohd Faizool Cancel reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya