Kim Swee Tiba Di Sabah, Luang Masa Bertemu Pemain & Pegawai Sabah FC

Read Time:50 Second

KOTA KINABALU: Pengendali baharu pasukan Sabah FC Datuk Ong Kim Swee tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) petang tadi menaiki pesawat MAS dari Kuala Lumpur.

Ketibaan Kim Swe disambut pengurus pasukan, Marzuki Nasir dan Pengarah Teknikal Sabah FC, Scott Ollerenshaw dan terus dibawa ke Stadium Likas, Kota Kinabalu.

Kehadiran Kim Swee adalah untuk meninjau persiapan pasukan Sabah FC menjelang kempen saingan TM Piala Malaysia 2021 sebelum memulakan tugas rasmi selaku Ketua Jurulatih Sabah FC, 1 Oktober ini.

Sejurus latihan selesai, Kim Swee ditemani Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sabah FC, Khairul Firdaus turut meluangkan masa bertemu semua pemain dan pegawai Sabah FC di Stadium Likas.

Aksi bagi saingan kejohanan Piala Malaysia 2021 akan mula berlangsung pada akhir bulan September membabitkan 16 pasukan layak beraksi yang terdiri daripada 11 pasukan teratas Liga Super dan 5 pasukan teratas daripada Liga Premier.

Format Piala Malaysia bermula dengan pusingan awal (saingan peringkat kumpulan) dimana dua pasukan teratas kumpulan (Juara dan Naib Juara) akan layak ke peringkat suku akhir.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *