HomeIsu tempatanTiga Keluarga Terkesan Akibat Tanah Runtuh Terima Bantuan JKM

Tiga Keluarga Terkesan Akibat Tanah Runtuh Terima Bantuan JKM

Read Time:1 Minute, 4 Second

TAMPARULI: Tiga keluarga yang terkesan akibat kejadian tanah runtuh di Kampung Bontoi disini menerima bantuan kerajaan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Kejadian tanah runtuh akibat hujan berterusan beberapa minggu lalu itu mengakibatkan tiga buah rumah milik tiga keluarga turut terjejas.

Pegawai JKM Tamparuli Siti Faizah Asli berkata, pada 6 September lalu, kira-kira jam 5.00 petang, berlaku kejadian tanah runtuh akibat hujan berterusan seharian sehingga menyebabkan tiga keluarga itu terkesan.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan sepanjang kejadian berkenaan.

Justeru, bagi meringankan beban keluarga terbabit, JKM Tamparuli tampil memberi sumbangan menerusi Bantuan Tabung Segera.

“Walaupun tidak seberapa, sekurang-kurangnya dapat meringankan beban keluarga yang terlibat,” kata Siti Faizah.

Sementara itu, Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim, yang hadir bagi memberikan sokongan kepada mangsa, berharap kesemua keluarga dapat bersabar dengan kejadian berlaku dan dipermudahkan segala urusan selanjutnya.

Seorang mangsa, James Bungin, 44 tahun, menghargai usaha kerajaan tersebut menerusi JKM Tamparuli.

Juis Bin Darusin, 44 tahun, menganggap bantuan tersebut sebagai berkat bagi menampung keperluan sementara mereka selepas mengalami musibah berkenaan.

Seorang lagi mangsa, Darusin @ Densin Singkun, turut bersyukur atas ihsan kerajaan tersebut dan berterima kasih atas keprihatinan Jahid kepada mereka.

Turut hadir Penolong Pegawai Daerah Kecil Tamparuli, Herman Tunggiging, Setiausaha Politik Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Jilias Lintar, dan Pegawai Kemajuan Masyarakat Tamparuli, Gustin Gagah.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

35 pelajar TARUMT hadir sebagai pemerhati sidang DUN Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya