HomeIsu tempatanJahid Turun Padang Tinjau Perkembangan Projek BALB

Jahid Turun Padang Tinjau Perkembangan Projek BALB

Read Time:39 Second

KALABAKAN: Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim mengadakan lawatan kerja ke Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Kampung Sungai Udin disini semalam.

Lawatan kerja bersama pegawai di kementerian itu adalah bagi meninjau perkembangan projek tersebut.

“Saya telah diberi penerangan daripada pegawai di kementerian berkaitan projek ini dan hari ini saya melihat sendiri bagaimana perkembangannya,” katanya.

Turut bersama dalam lawatan itu Timbalan Setiausaha Tetap (TSUT) KPLBS, Aftar Nurajat, Pegawai Daerah Kalabakan, Mohd Shaharuddin Chin.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Sungai Udin, Arbain Trarincha, menghargai lawatan Jahid ke kampung tersebut.

“Kita sangat mengharapkan agar pihak kerajaan dapat mengambil tindakan segera berkaitan projek ini, kerana penduduk di sini sangat memerlukan bekalan air bersih,” katanya.

Selepas lawatan projek berkenaan, Jahid turut dibawa melawat ke Pejabat Daerah Kalabakan.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

EU komited bantu Sabah atasi isu keselamatan, tenaga

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya