RM9 Juta Untuk Projek Mitigasi Banjir Fasa 3 Sungai Sugud Penampang

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 16 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM9 juta untuk kerja-kerja projek Mitigasi Banjir Fasa 3 di Sungai Sugud, Penampang dekat sini.

Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Dr Jeffrey Kitingan berkata, berikutan hujan lebat yang melanda baru-baru ini telah menyebabkan kerosakan harta benda yang teruk akibat banjir dan tanah runtuh di beberapa kawasan Daerah Penampang.

“Oleh itu Projek Mitigasi Banjir Fasa 3 di Sungai Sugud iaitu satu usaha meningkatkan keupayaan saliran untuk menampung air akan dijalankan secepat mungkin bagi menangani masalah banjir di kawasan terlibat.

“Saya berharap projek pelebaran sungai sepanjang 1kilometer di Sungai Sugud ini dapat mengatasi masalah banjir kilat setiap kali hujan turun melibatkan lebih 3000 penduduk amat terkesan yang tinggal di kawasan ini,” kata Jeffrey yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan dalam satu sidang medianya di sini hari ini.

Katanya, ini adalah merupakan satu bencana alam semulajadi yang berlaku di sini.

” Projek mitigasi banjir ini sepatutnya dijalankan pada tahun hadapan tetapi kita mesti laksanakan tahun ini juga disebabkan kita tidak dapat menjangka situasi bencana alam ini bila akan berlaku lagi.

“Malah projek ini juga tidak dapat menangani 100 peratus masalah ini tetapi kita harus bersama-sama bertanggungjawab dan ambil peduli tentang menjaga alam semulajadi di sekeliling kita,” ujar Jeffrey.

Menurut Jeffrey, pihaknya sudah mengenalpasti kontraktor yang bertanggungjawab menjalankan projek tersebut. Projek tersebut dijangka siap dalam masa 3 tahun dari sekarang.

“Pihak kontraktor akan mula membuat kerja-kerja melebarkan sungai Sugud setelah urusan mengenalpasti penduduk yang terlibat yang tinggal di pinggir sungai tersebut untuk tujuan pemindahan dan pampasan,” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *