HomeIsu tempatanPendakian Gunung Kinabalu dibuka semula kepada awam

Pendakian Gunung Kinabalu dibuka semula kepada awam

Read Time:43 Second

KOTA KINABALU: Semua pejabat dan stesen Taman-Taman Sabah (TTS), termasuk pendakian Gunung Kinabalu telah dibuka semula kepada orang awam bermula 16 Sept lepas, kata Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Jafry Ariffin.

Beliau berkata kawasan Taman Pulau-Pulau Penyu di Sandakan dan Pulau Bohey Dulang, Semporna dan Sub Stesen Ulu Kimanis pula mula beroperasi semula esok.

“Bagaimanapun pembukaan taman itu terhad kepada peraturan yang telah ditetapkan seperti para pelawat yang lengkap divaksinasi Covid-19 sahaja dibenarkan. Pelancong domestik dari daerah yang sama sahaja (dibenarkan),” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata jumlah pelawat ke destinasi itu juga dihadkan hanya seramai 100 orang pada satu hari untuk setiap destinasi lawatan.

“Semua aktiviti yang dibenarkan dalam taman tertakluk kepada prosedur prosedur operasi standard (SOP) pengoperasian stesen TTS selaras dengan Pelan Pemulihan Negara Fasa 2 yang telah dikemas kini pada 11 Sept lepas,” tambahnya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya