HomeUtamaRMK-12 Rapatkan Jurang Pembangunan Sabah, Sarawak Dengan Semenanjung

RMK-12 Rapatkan Jurang Pembangunan Sabah, Sarawak Dengan Semenanjung

Read Time:2 Minute, 27 Second

KOTA KINABALU : Pembentangan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub di Dewan Rakyat Isnin lalu disifatkan sebagai satu komitmen kerajaan bagi merapatkan jurang pembangunan antara Sabah, Sarawak dengan Semenanjung.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, menerusi peruntukan lebih RM9 bilion membabitkan RM4.66 bilion (Sabah) dan RM4.47 bilion (Sarawak) berlandaskan Wawasan Kemakmuran Bersama selaras dengan Semangat Keluarga Malaysia.

“Sebagai Ahli Parlimen dari Sabah sudah tentu saya mengalu-alukan pembentangan RMK-12 yang secara jelas memberi fokus kepada Sabah dan Sarawak dari setiap sudut untuk merapatkan jurang pembangunan Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.

“Bukan sahaja dari segi pembangunan infrastuktur asas, malah rakyat di negeri ini juga memerlukan pendapatan tinggi serta peluang pekerjaaan selain menyertai program keusahawanan dan industri serta pelbagai lagi,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Bung yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan turut berharap pelaksanaan RMK-12 khususnya di Sabah dapat berjalan lancar tanpa sebarang masalah dan sebarang karenah birokrasi perlu dielakkan bagi memastikan RMK-12 dapat di realisasikan demi kesejehteraan rakyat.

Katanya, agensi pelaksana perlu melihat Sabah dari perspektif yang berbeza dari negeri-negeri lain dalam melaksanakan projek pembangunan di negeri ini.

“Kita sudah mempunyai pelan yang baik di bawah Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 untuk rakyat Sabah tetapi strategi implementasi ke akar umbi melalui agensi pelaksana perlu diperincikan lagi” katanya.

Sehubungan itu, Bung turut mencadangkan agar peruntukan yang disediakan dapat diserahkan  kepada kerajaan negeri untuk diselaraskan oleh jabatan atau agensi kerajaan yang berkaitan untuk pelaksanaan yang lebih memahami demografik rakyat Sabah dan keutamaan keperluan rakyat  di lapangan.

“Jika cadangan ini sukar untuk dilaksanakan, kita perlu ada jawatankuasa pemantauan bersama antara kerajaan Pusat dan negeri bagi memastikan pelan pelaksanaan infrastrutur yang dilaksanakan mencapai sasaran dan memenuhi aspirasi rakyat di negeri ini,”katanya.

Dalam pada itu, Bung menyambut baik usaha kerajaan untuk mentransformasi kawasan luar bandar  dengan membina dan menarik taraf 2,800 km jalan berturap dimana antaranya Jalan Dudar Ke Taburan Ke Mendawang Kota Belud dengan kos sebanyak RM101 juta.

Katanya, ia bukan sahaja dapat menyediakan sistem perhubungan yang lebih baik dan selesa namun usaha ini dijangka dapat membantu merapatkan jurang pendapatan antara luar bandar dan bandar.

 “Meskipun RMK-12 tidak disebut peruntukan untuk projek lebuh raya Pan Borneo khususnya di Sabah, kerajaan negeri turut meletakkan harapan agar cadangan  yang dikemukakan oleh kerajaan Negeri  sebelum ini, agar projek ini dilaksanakan secara inisiafif pembiayaan swasta (PFI) diberikan pertimbangan  sewajarnya oleh kerajaan pusat bagi membantu mempercepatkan lagi proses tranformasi luar bandar di negeri ini sekali gus dapat  melonjakkan taraf siso ekonomi rakyat,” katanya.

Beliau turut berharap kerajaan Pusat dapat mengagihkan peruntukan yang mencukupi untuk meningkatkan akses kepada air bersih dan selamat kepada rakyat di negeri ini.

Katanya, ia termasuklah membina infrastruktur baharu bagi perkhidmatan air seperti empangan, takungan air pinggiran sungai, loji rawatan air sebagai mana yang terkandung dalam pelan induk untuk bekalan air di Sabah yang memerlukan kos yang tinggi untuk dilaksanakan.

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular