HomeUtamaMalaysia Kedua Terbaik Dalam Aspek Keselamatan Makanan

Malaysia Kedua Terbaik Dalam Aspek Keselamatan Makanan

Read Time:1 Minute, 4 Second

KUALA LUMPUR: Malaysia merupakan kedua terbaik dalam kalangan negara Asia Tenggara selepas Singapura dalam aspek keselamatan makanan.

Sementara kedudukan negara dalam kalangan negara Asia Pasifik pula, Malaysia berada pada kedudukan kelapan terbaik.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ronald Kiandee berkata, perubahan kedudukan Malaysia pada 2019 dalam senarai Indeks Keselamatan Makanan Global (GFSI) dari tangga 28 ke 44 adalah kerana pelarasan semula dibuat oleh Unit Perisikan Ekonomi (EIU).

“Pelarasan semula itu memasukkan penilaian sumber semula jadi dan ketahanan bekalan makanan. Sebelum ini EIU hanya menilai tahap kerentanan sesebuah negara terhadap sekuriti makanan berdasarkan tiga dimensi, iaitu kemampuan, ketersediaan dan kualiti dan keselamatan.

“Berdasarkan pelarasan ini, kedudukan Malaysia pada 2019 juga berubah dari tangga ke-28 ke tangga ke-44 dalam kalangan 113 negara seluruh dunia.

“Pelarasan ini bukan sahaja mengubah kedudukan Malaysia pada 2019, malah Singapura juga telah berubah dari tangga pertama ke tangga 20 dan Australia dari tangga ke-12 ke tangga 26,” katanya di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pernyataan Wong Hon Wai (PH-Bukit Bendera) mahu kerajaan menjelaskan punca Malaysia dalam Global Food Security Index jatuh dari tangga 28 (tahun 2019) ke tangga 43 (tahun 2020) dan apakah inisiatif Kementerian untuk memperbaiki Food Security dan harga makanan kepada lebih murah untuk kebajikan penduduk Malaysia. –Utusan Online

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya