Berkongsi Satu Mata, Permulaan Baik Untuk Sabah FC

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 5 Second

PETALING JAYA: Sabah FC terpaksa akur berkongsi satu mata dalam perlawanan saingan TM Piala Malaysia 2021 menentang PJ City FC di Stadium MBPJ, Kelana Jaya, malam tadi.  

Penolong Jurulatihnya Burhan Ajui berkata, Sabah FC sepatutnya mengambil peluang menerusi sepakan penalti Levy Madinda namun kurang bernasib baik menyebabkan keputusan berkesudahan 1-1.

Katanya, secara keseluruhan pihak pengurusan berpuashati dengan komitmen para pemain malam tadi termasuk berbekalkan perancangan yang baharu hasil percaturan Ketua Jurulatih Datuk Ong Kim Swee sekaligus pemain dapat menjalankan tugas mereka sebaik mungkin.

“Kecuali pada separuh masa kedua, kita ada lihat pemain mengalami sedikit keletihan mungkin di situlah kita mula membuat beberapa kesilapan.

“Macam Levy dia pun baru beberapa hari bersama dengan kita…dia baru lepas daripada kuarantin mungkin ada sedikit kekurangan di sana,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas perlawanan malam tadi.

Burhan berkata, beberapa faktor lain termasuk keadaan hujan di sekitar ibu negeri menyebabkan beberapa sesi latihan juga tidak dapat dijalankan sepenuhnya.

“Tetapi dalam seminggu persiapan Ketua Jurulatih Datuk Ong Kim Swee ada menerapkan sistem baharu dan pemain pun cuba mengambil pendekatan yang diperkenalkan ini. Nampak malam tadi berhasil sentuhan pertama Kim Swee.

“Mungkin di situ kita melihat pemain cuba mengadaptasikan taktikal baharu menyebabkan secara keseluruhannya prestasi permainan meningkat sekali gus mereka mampu mempamerkan kualiti terbaik malam tadi,” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *