HomeUtamaJKNS Nafi Berlaku Kematian Remaja Akibat Suntikan Vaksin Di Lahad Datu

JKNS Nafi Berlaku Kematian Remaja Akibat Suntikan Vaksin Di Lahad Datu

Read Time:1 Minute, 20 Second

KOTA KINABALU : Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) menafikan dakwaan kononnya terdapat kematian seorang remaja akibat suntikan vaksin COVIDI-19 di Lahad Datu selepas satu rakaman video tular di media sosial sejak semalam.

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Dr Rose Nani Mudin berkata, pihaknya memandang serius berkenaan aduan orang ramai berhubung mesej palsu berkenaan.

“Adalah dimaklumkan bahawa dakwaan tersebut adalah tidak benar kerana JKNS dan Pejabat Kesihatan Kawasan Lahad Datu menafikan berlaku kematian seperti yang didakwa dan pihak kita telah membuat laporan polis terhadap dakwaan tersebut.

“Perbuatan individu ini boleh menimbulkan perasaan panik dan kebimbangan orang ramai terutamanya ibu bapa dan remaja yang bakal menerima suntikan vaksin,”katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Dr Rose Nani berkata, JKNS turut menyeru orang ramai khususnya ibu bapa, supaya tidak mudah terpengaruh dengan sebarang maklumat yang tidak benar mengenai vaksin.

Katanya, mana-mana individu atau pihak yang musykil dan masih tidak faham tentang vaksin boleh menghubungi JKNS di talian Hotline PICK 019-6051196 atau email [email protected].

“Sesiapa yang belum menerima vaksin boleh mendapatkan segera di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) atau aktiviti jangkauan luar terdekat.

“Daripada pemantauan JKNS,80 hingga 90 peratus pesakit unit rawatan rapi (ICU) adalah individu yang belum divaksin. Vaksin mampu mencegah jangkitan COVID-19 dan kematian akibatnya,”katanya.

Dalam pada itu, Dr Rose Nani berkata, JKNS menyeru ibu bapa atau penjaga segera untuk mendaftarkan remaja bawah jagaan masing-masing di MySejahtera dan mendapatkan vaksin segera bagi melindungi diri mereka dan keluarga.

“Patuhi prosedur operasi standard (SOP) dimanapun anda berada, sentiasa memakai pelitup muka di tempat awam, jaga jarak fizikal, tidak bersentuhan dan kerap mencuci tangan,”katanya

RELATED ARTICLES
Utama

Australia perkukuh hubungan kerjasama dengan Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya