HomeIsu tempatanGangguan Ekosistem Punca Gajah Pygmy Berhijrah

Gangguan Ekosistem Punca Gajah Pygmy Berhijrah

Read Time:1 Minute, 2 Second

KOTA KINABALU: Aktiviti penerokaan yang dijalankan di kawasan habitat asal Gajah Pygmy Borneo menyebabkan haiwan tersebut berhijrah dari satu kawasan ke kawasan lain.

Pensyarah Kanan Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan (IBTP), Dr. Nurzhafarina Othman berkata, penghijrahan itu termasuklah ke kawasan yang didiami penduduk sehingga menimbulkan konflik gajah-manusia.

“Sebenarnya gajah ini tidak mempunyai pilihan dan terpaksa berhijrah akibat gangguan ekosistem yang dialami pada habitat mereka,” katanya dalam webinar bertajuk ‘Human and Nature – The Natural Bond’ anjuran My STEM Ambassador UMS dengan kerjasama U-Science.

Webinar secara dalam talian itu berlangsung baru-baru ini bagi memahami ekosistem Gajah Pygmy Borneo dan landskap habitat haiwan berkenaan.

Menurut Nurzhafarina, terdapat lebih seribu gajah kerdil itu di sekitar daerah Kinabatangan, Tabin dan bahagian tengah negeri Sabah.

“Kewujudan haiwan ini sangat penting dalam ekosistem alam semula jadi di negeri ini. Bagi mengendalikan konflik yang berlaku, sebuah pasukan khas telah ditubuhkan.

“Pasukan ini yang dikenali sebagai Community Elephant Conservation Team bertujuan membantu dalam memberi khidmat nasihat di kawasan Kinabatangan, Beluran dan Telupid.

“Selain itu, usaha bagi merealisasikan Livelihood Insurance for Elephant (LIFE) juga merupakan salah satu langkah untuk memastikan ekosistem Gajah Kerdil Borneo terus terpelihara,” katanya.

Webinar yang berlangsung lebih sejam itu boleh diikuti melalui pautan https://www.youtube.com/watch v=H2BEFmR4APs

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Tun Juhar hadir sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat 5 Divisyen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya