HomeIsu tempatanPara Pemimpin Digesa Cari Jalan Penyelesaian Bantu Golongan Rakyat Miskin

Para Pemimpin Digesa Cari Jalan Penyelesaian Bantu Golongan Rakyat Miskin

Read Time:1 Minute, 33 Second

KUALA LUMPUR: Isu kemiskinan tidak seharusnya dijadikan alasan untuk menunding jari, apalagi sekadar meraih sokongan untuk kepentingan politik.

Sebaliknya, para pemimpin perlu menunjukkan komitmen dengan mencari jalan penyelesaian terbaik untuk keluar dari kepompong kemiskinan.

“Sebenarnya, masalah kemiskinan bukan sahaja berlaku di kawasan pedalaman, tetapi juga di bandar. Realitinya, golongan miskin bandar juga wujud di Kota Kinabalu. Adakah anda berani menyatakan bahawa di kawasan Parlimen Kota Kinabalu tiada berlakunya kemiskinan?” soal Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Jonnybone Kurum, hari ini.

Merujuk kepada kenyataan Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hin, Jonnybone menambah bahawa kadar kemiskinan bandar di Kota Kinabalu mungkin lebih teruk daripada kawasan luar bandar.

Chan, dalam kenyataannya baru-baru ini, menyatakan bahawa terdapat lapan daerah di Sabah tersenarai sebagai daerah termiskin walaupun mempunyai wakil rakyat yang terdiri daripada Menteri dan Timbalan Menteri di peringkat persekutuan mahupun kerajaan negeri.

“Kebanyakan penduduk kampung di kawasan luar bandar mungkin kurang berkemampuan tetapi mereka tidak pernah kehabisan sumber makanan atau tidak mempunyai rumah kediaman.

“Penduduk kampung boleh mengusahakan tanah mereka bila-bila masa. Selain itu, mereka juga mempunyai sumber makanan yang mencukupi walaupun tidak mempunyai wang yang banyak.

“Oleh itu, janganlah sesekali menghina keadaan mereka yang susah. Kita seharusnya membantu dan bukannya mengejek penderitaan mereka,” kata Jonnybone, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Telupid.

Jonnybone turut menggesa pemimpin politik berganding bahu dan mencari jalan keluar terbaik bagi mengatasi situasi yang dihadapi masyarakat yang kurang bernasib baik dan juga golongan miskin bandar seperti di bandar Kota Kinabalu.

Jonnybone juga turut menegaskan bahawa di kawasan pendalaman, tidak wujud masalah pengemis, seperti yang berlaku di kawasan bandar.

“Oleh itu, YB Chan perlu turun padang lebih kerap untuk melihat permasalahan (pengemis) yang wujud di kawasan beliau. Ini juga menunjukkan masalah kemiskinan yang berat sememangnya berlaku di kawasan bandar,” ujar Jonnybone, yang juga Penolong Ketua Penerangan Parti Bersatu Sabah.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya