Aktiviti Pelancongan & Rekreasi Mula Beroperasi Esok

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:36 Second

KOTA KINABALU : Aktiviti pelancongan dan rekreasi di negeri ini akan mula dibenarkan beroperasi bermula esok.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, ia termasuklah pusat,premis dan produk pelancongan.

“Antaranya seperti zoo, perladangan, akuarium, pusat edutainment, extreme and adventure, taman rimba dan lain-lain.

“Kesemua aktiviti ini akan mula dibenarkan beroperasi bermula 1 Oktober iaitu esok dengan syarat semua pengusaha dan operator serta pengunjung telah lengkap divaksin dan berstatus risiko rendah,” katanya dalam kenyataan disini semalam.

Selain itu, beliau berkata, kerajaan negeri turut bersetuju membuka semula perniagaan spa, salun kecantikan, refleksologi, pusat kesihatan (wellness) dan urut kesihatan serta perkhidmatan pedicure dan manicure mulai esok.

Katanya, para pekerja dan pelanggan harus telah lengkap divaksin dan berstatus risiko rendah.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *