COVID-19: Kluster Baharu Tercetus Berpunca Dari Majlis Sambutan Hari Jadi

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:45 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Satu kluster baharu direkodkan hari ini di Sabah iaitu Kluster Long Pasia – Sipitang merupakan kluster jenis komuniti.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Kluster Long Pasia – Sipitang merupakan kluster jenis komuniti yang dipercayai menular ketika menghadiri majlis sambutan hari jadi.

Katanya, kes indeks adalah wanita berumur 76 tahun berasal dari Kg Long Pasia dan bergejala demam serta batuk sejak 24 September 2021.

“Kes indeks kemudiannya disahkan positif COVID-19 dengan keputusan RTK AG grading 100% di Klinik Long Pasia pada 25 September 2021.

“Berikutan kes tersebut, siasatan mendapati, satu majlis sambutan hari jadi telah diadakan di rumah kes indeks yang dihadiri oleh beberapa orang kampung pada 19 September 2021,” kata Masidi yang juga Jurucakap Rasmi COVID-19 Negeri.

“Daripada 30 orang yang disaring, terdapat 25 kes positif dikesan dalam kluster ini termasuk kes baharu yang dilaporkan hari ini,” jelasnya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *