Saddil Terpaksa Direhatkan Akibat Kecederaan

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:39 Second

KOTA KINABALU: Sabah FC terpaksa melupakan khidmat pemain import dari Indonesia, Saddil Ramdani selepas beliau mengalami kecederaan pangkal paha (Groin) yang semakin serius.

Perkara itu disahkan oleh pakar bedah ortopedik Hospital KPJ Damansara, Dr Gan Eng Cheng.

Pengurus Sabah FC, Marzuki Nasir berkata Saddil perlu mendapatkan rawatan susulan dan terpaksa berehat sekurang-kurangnya tiga bulan atas nasihat doktor jika ingin pulih sepenuhnya daripada kecederaan yang dialaminya sejak lima perlawanan terakhir saingan Liga Super.

Katanya pihak pengurusan amat mengharapkan agar Saddil dapat segera  pulih 100 peratus untuk menghadapi saingan Liga Super 2022.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media.

Marzuki berkata walaupun ketiadaan Saddil menjejaskan sedikit perancangan Sabah FC dalam kempen Piala Malaysia namun apa yang penting Saddil dapat pulih 100 peratus bagi menghadapi kempen Liga Malaysia musim depan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *