HomeUtama33 Penerima Dikurniakan Darjah Kebesaran Negeri Sabah

33 Penerima Dikurniakan Darjah Kebesaran Negeri Sabah

Read Time:1 Minute, 25 Second

KOTA KINABALU:  Sempena sambutan hari Jadi Rasmi ke-68 Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin hari ini, 33 penerima dikurniakan darjah kebesaran negeri Sabah.

Istiadat ringkas yang bermula pada jam 10.00 pagi itu dimulakan dengan lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku sejurus ketibaan Tun Juhar dan isteri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni di Dewan Istiadat Istana Seri Kinabalu.

Istiadat disusuli dengan ucapan Menjunjung Kasih oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Mohd Noor sebelum Tun Juhar menyampaikan perutusan hari jadi rasmi.

Selepas itu, Tun Juhar menyempurnakan istiadat pengurniaan darjah tertinggi, iaitu Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) kepada isteri mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Panglima Noorainee Abdul Rahman diikuti Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Datuk Seri Panglima Mohd Zuki Ali.

Tiga Penerima SPDK yang lain termasuklah mantan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Datuk Seri Panglima Chong Kah Kiat, Panglima Tentera Darat Tan Sri Datuk Seri Panglima Zamrose Mohd Zain dan mantan Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah Datuk Seri Panglima Dr Yee Moh Chai.

Dewan Istiadat turut menyaksikan 24 yang lain menerima darjah kedua tertinggi darjah yang amat mulia kinabalu, Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK).

Antaranya Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Ir Shahelmy Yahya, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia Datuk Khairul Adib Abdul Rahman, Setiausaha Persekutuan Sabah Datuk Dr Zulkapli Mohamed, Ketua Pengarah RELA Datuk Yahya Sulaiman dan Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, datuk Noorliza Awang Alip

Pada istiadat tersebut, Tun Juhar juga mengurniakan watikah pelantikan Jaksa Pendamai (JP) kepada empat penerima antaranya Ketua Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebelum Mufti Sabah, Datuk Bongsu@ Aziz Jaafar memimpin bacaan doa. dan Tun Juhar meninggalkan dewan berkenaan./Penerangan-

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Sabah siap sedia untuk Hidrogen Hijau menerusi Tenaga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya