HomeIsu tempatanPenduduk Rayu Pihak Berwajib Segera Tangani Banjir Kilat Di Tiga Buah Kampung...

Penduduk Rayu Pihak Berwajib Segera Tangani Banjir Kilat Di Tiga Buah Kampung Di Menumbok

Read Time:1 Minute, 26 Second

MENUMBOK: Hujan lebat yang turun sejak pagi tadi telah mengakibatkan banjir kilat di tiga buah kampung di daerah ini menyebabkan rumah-rumah penduduknya ditenggelami air.

Penduduk merayu kepada pihak berwajib agar segera tampil menangani masalah banjir kilat yang kerap berlaku di kawasan tersebut.

Setiausaha Umno Bahagian Beaufort, Abdul Rahman Taib berkata, kejadian ini merupakan banjir kali kedua dalam tempoh seminggu melibatkan tiga kampung iaitu Kg Kinanap, Kg Darat dan Kg Padang Golf.

“Kampung-kampung berkenaan telah mengalami banjir minggu lepas dan hari ini ia sekali lagi ditimpa bencana banjir,” katanya.

Menurut beliau, pihaknya sudah menghubungi jurutera daerah Jabatan Kerja Raya Daerah Kuala Penyu mengenai kejadian banjir kilat itu agar tindakan segera dapat diambil.

“Kita meminta mereka memeriksa dan memantau keadaan beberapa kalbut yang tidak mampu menampung air menyebabkan limpahan ke kawasan rumah penduduk terlibat,” kata Rahman.

Beliau menambah pihak berkuasa perlu mengambil tindakan dan mencari jalan penyelesaian memandangkan terlalu kerap berlaku banjir di daerah ini terutama ketika musim hujan.

“Kita sangat sedih dan kasihan melihat keadaan penduduk apabila rumah-rumah mereka ditenggelami air dan terpaksa meredah air banjir hingga ke paras leher untuk keluar rumah menyelamatkan diri,” tegasnya.

Sementara itu, penduduk meminta Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Penyu, Datuk Limus Jury atau pegawai-pegawainya untuk tampil memantau masalah yang dihadapi penduduk.

Seorang penduduk, Mohd Ariffin Said, berkata, penduduk di kawasan tersebut baru sahaja berhadapan dengan situasi bekalan air paip yang sangat keruh dalam minggu ini dan kali ini ditimpa bencana dua kali banjir dalam seminggu, memang sangat kecewa dan menyedihkan.

Ariffin berharap pihak berwajib atau wakil rakyat segera tampil untuk membantu menyelesaikan masalah yang mereka hadapi ini.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

35 pelajar TARUMT hadir sebagai pemerhati sidang DUN Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya